Monday 29 September 2014

B Complex




Assalamualikum dan salam ceria supermoms kat luar sana.

Hari ni nak share tentang Vitamin B Complex .Ingat lagi, dulu masa pregnankan Aufa, memang mengelat nak makan B Complex ngan Folik Acid , sebab baunya mak ai, mesti keluar balik semua makanan. Tapi inila yang penting kena makan.

Tapi, lepas lahirkan Aufa, baru kenal Vitamin B Complex Shaklee ni boleh pulak everyday makan, rilek je..kalau dulu masa preggy dah kenal Shaklee, alangkah bagusnya.
Gaya hidup kita seharian, ada risiko kepada pengurangan Vitamin B dalam badan, contohnya stress, pengambilan alcohol, dan juga preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah.

Pentingnya Vitamin B ini adalah untuk fungsi tubuh seperti  jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan serta penyaluran tenaga bagi proses metabolism.
Itu sebabnya B Complex ni BUKAN untuk ibu mengandung sahaja

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
  • Vitamin B1-menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2-Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3-Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5-Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6-Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9-Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter bagi mengurangkan depresi didalam badan
  • Vitamin B12-Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Bagaimana dengan B Complex Shaklee??
Mempunyai system penyerapan Bioktif: B Complex mempunyai system penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik.
Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah saraf tunjang.


Opss, jangan cuak bila ambik B Complex ni urin jadi sangat kuning. Rilek ye, sebab Vitamin B ni vitamin larut dan ada elemen kekuningan pada peringkat awal pengambilan, sebabnya tubuh kita akan melakukan timbang tara untuk proses penyerapan, dan ianya akan berkurangan dari masa ke semasa. So..pengambilan air putih yang banyak sangat perlu ye sebabnya ianya merangsang metabolism dan mengeluarkan haba.Jangan culas nak minum air masak tau!

 Inilah pilihan saya, semoga apa yang di share ini memberi manfaat bersama.

Fadilah Abu Hasan <013-7145202>
Shaklee Independent Distributor <ID No :1154218 >



No comments:

Post a Comment