Monday 29 September 2014

B Complex




Assalamualikum dan salam ceria supermoms kat luar sana.

Hari ni nak share tentang Vitamin B Complex .Ingat lagi, dulu masa pregnankan Aufa, memang mengelat nak makan B Complex ngan Folik Acid , sebab baunya mak ai, mesti keluar balik semua makanan. Tapi inila yang penting kena makan.

Tapi, lepas lahirkan Aufa, baru kenal Vitamin B Complex Shaklee ni boleh pulak everyday makan, rilek je..kalau dulu masa preggy dah kenal Shaklee, alangkah bagusnya.
Gaya hidup kita seharian, ada risiko kepada pengurangan Vitamin B dalam badan, contohnya stress, pengambilan alcohol, dan juga preskripsi ubat-ubatan berunsurkan dadah.

Pentingnya Vitamin B ini adalah untuk fungsi tubuh seperti  jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan serta penyaluran tenaga bagi proses metabolism.
Itu sebabnya B Complex ni BUKAN untuk ibu mengandung sahaja

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
  • Vitamin B1-menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2-Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3-Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5-Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6-Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9-Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter bagi mengurangkan depresi didalam badan
  • Vitamin B12-Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

Bagaimana dengan B Complex Shaklee??
Mempunyai system penyerapan Bioktif: B Complex mempunyai system penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik.
Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah saraf tunjang.


Opss, jangan cuak bila ambik B Complex ni urin jadi sangat kuning. Rilek ye, sebab Vitamin B ni vitamin larut dan ada elemen kekuningan pada peringkat awal pengambilan, sebabnya tubuh kita akan melakukan timbang tara untuk proses penyerapan, dan ianya akan berkurangan dari masa ke semasa. So..pengambilan air putih yang banyak sangat perlu ye sebabnya ianya merangsang metabolism dan mengeluarkan haba.Jangan culas nak minum air masak tau!

 Inilah pilihan saya, semoga apa yang di share ini memberi manfaat bersama.

Fadilah Abu Hasan <013-7145202>
Shaklee Independent Distributor <ID No :1154218 >



Friday 26 September 2014

Buasir

Hemoroid atau lebih dikenali sbg Buasir
Seramnya dengar,perit tau orang yang kena penyakit ni
Buasir ni adalah penyakit yang terjadi apabila saluran dubur membengkak

Buasir ni boleh terjadi samada di dalam dubur atau diluar kawasan dubur

Biasanya rasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak hingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi mimpi ngeri kepada pesakit.

Kebiasaannya terjadi selepas mencapai usia 50 tahun,tapi ada juga mengalami di usia muda

Faktor penyebab buasir:
>Regangan yg melampau semasa pergerakan usus/sembelit
>Cirit birit yang kronik
>Kurang pengambilan makanan serat
>Mengandung/Bersalin

Simpton2:
>sakit yang berdenyut2
>pendarahan sebelum dan selepas buang air besar
>darah menitis dan tersembur dari saluran dubur




Ngerikan buasir ni, sebelum ni tau gitu2 je, bila ada kawan sendiri yang mengadu, terus start explore dan suggestkan set buasir untuk die


Set Buasir Shaklee mungkin boleh membantu dan jadikan ikhtiar anda


Untuk konsultasi lebih lanjut,
whatapps ila-0137145202
FB:Fadilah Abu Hasan

G6PD

G6PD



Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

* Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
* Ubat gegat.
* Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
* Minyak gosok.
* Kacang parang.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?

Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.

Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital.



ANEMIA

Anemia

Masa zaman sekolah dulu, bila time perhimpunan je, mesti ada terjadi ada student yang pengsan, mana taknya dah la panas, kena berdiri pulak. Walaupun panas pagi tu bagus, sumber Vitamin C tapi ada je yang tak tahan.
Kadang-kadang, yang selalu pengsan ni satu sekolah dah tau, glamer tau. Tu cikgu concern lebih.

Jangan tak tahu, bahaya sebenarnya. Kalau tengok yang selalu pengsan ni, mesti budaknye nampak pucat je selalu, lesu, longlai je berjalan, lepas tu bila time aktiviti bersukan panas-panas, memang dapat excuse.

Ni la antara tanda-tanda kemungkinan besar orang tu ANEMIA
 


Nak tahu Anemia tu apa? Jom baca entry bawah ni

Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. 
Anemia akan menyebabkan seseorang itu;
>mudah pitam
>lesu
>kurang cerdas dan cergas
>mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti ;
>pucat terutama di bibir dan kelopak mata
>sering lesu dan mengantuk
>mudah berdebar-debar
>bentuk kuku berubah
>rambut mudah gugur atau putus 
>kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan

Jadi, jangan ambil mudah dengan Anemia ni, bahaya kalau dibiarkan tanpa mencari sebarang solusi.
Ikhtiarkan sesuatu untuk hidup dengan lebih sihat dan cergas.


Jom tengok entry seterusnya, bagaimana Shaklee membantu anda yang Anemia.


Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Saturday 13 September 2014

Memberi VS Menerima

Memberi VS Menerima

Suka sekali dengan prinsip ni ADA>BERI>DAPAT by Prof Muhaya Mohd
Dalam Islam sendiri pun selalu di ingatkan kalau mahu berikan sesuatu, berilah sesuatu yang paling kamu sayang, indah sekali prinsip memberi.

Nilai memberi itu tinggi makna dan falsafahnya jika direnung dengan mata hati.
Jadi konsep blog saya ini, kita sama-sama memberi dan menerima.
Kita kongsikan manfaat dan ilmunya, kita sama-sama menerima perkembangan ilmu dan manfaatnya.

Tiada yang lebih baik, nilai hidup dengan menjadi manusia yang memberi manfaat pada manusia lain.

Salam Ukhwah.